Ahad, 10 Mei 2009

Gerai Nasi Lemak Stadium




Ha, kali ni nak tunjuk pulak gerai kami dan suasana di gerai kami semasa beroperasi. Ni gambar baru tau. Diambil pada 10 May 2009.

Wak dah mula beroperasi se awal jam 7.00 pagi lagi. Mula memunggah barang dan mendirikan khemah lagi awal lah. Lewat malam atau awal pagi lagi dah mula kerja. Kadang-kadang kelam kabut juga dibuatnya bila pelanggan ramai sangat. Bukan apa takut ada yang terlepas pandang. Marah pulak orang. Maklumlah bang, kadang-kadang gitulah. Maaf lah kalau ada yang Wak terlepas pandang.

Ha, ni lah meja dan kerusi yang Wak katakan tu. Boleh lah duduk dan menikmati Nasi Lemak Stadium bersama sahabat handai, saudara mara dan anak isteri. Makan dengan tangan? Tak lah dengan sudu garfu lah. Semua disediakan. Kalau nak makan dengan tangan pun boleh. Wak ada sediakan tempat cuci tangan. Tisu pun ada disediakan. Tapi kalau tak ada di atas meja, minta ya. Jangan diam aje. Permintaan akan dipenuhi serta merta. Maklumlah bila dah ramai tu kelam kabut lah sedikit.

Tiada ulasan: