Rabu, 13 Mei 2009

Sambal Bilis Petai.



Paru Masak Cili



Hati Ayam Masak Kicap Pedas



Ayam Goreng Bermadu (Panas-Panas )

Ha. Di atas adalah gambar-gambar beberapa jenis lauk pauk yang Wak Khir sediakan untuk di nikmati bersama Nasi Lemak Stadium. Nanti next post Wak Khir akan masukkan lagi gambar-gambar lauk yang lain.

Ahad, 10 Mei 2009

Gerai Nasi Lemak Stadium




Ha, kali ni nak tunjuk pulak gerai kami dan suasana di gerai kami semasa beroperasi. Ni gambar baru tau. Diambil pada 10 May 2009.

Wak dah mula beroperasi se awal jam 7.00 pagi lagi. Mula memunggah barang dan mendirikan khemah lagi awal lah. Lewat malam atau awal pagi lagi dah mula kerja. Kadang-kadang kelam kabut juga dibuatnya bila pelanggan ramai sangat. Bukan apa takut ada yang terlepas pandang. Marah pulak orang. Maklumlah bang, kadang-kadang gitulah. Maaf lah kalau ada yang Wak terlepas pandang.

Ha, ni lah meja dan kerusi yang Wak katakan tu. Boleh lah duduk dan menikmati Nasi Lemak Stadium bersama sahabat handai, saudara mara dan anak isteri. Makan dengan tangan? Tak lah dengan sudu garfu lah. Semua disediakan. Kalau nak makan dengan tangan pun boleh. Wak ada sediakan tempat cuci tangan. Tisu pun ada disediakan. Tapi kalau tak ada di atas meja, minta ya. Jangan diam aje. Permintaan akan dipenuhi serta merta. Maklumlah bila dah ramai tu kelam kabut lah sedikit.

Salam Pengenalan

Nasi Lemak Stadium bukan lah satu produk yang baru. Malah dah ramai yang mengenalinya. Cuma dulunya kami dikenali sebagai Nasi Lemak Mat Gebo. Perniagaan kami ini hanya berpusat di PASAR TANI MEGA FAMA yang beroperasi setiap Ahad bertempat di Tempat Letak Kereta Stadium Melawati Shah Alam.

Alah bukan susah nak cari. Tempat lapang di antara Pasaraya GIANT dan TESCO EXTRA Shah Alam. Bagi mereka yang pernah ke Pasar Tani tersebut sudah tentu pernah setidak-tidaknya lalu di depan gerai kami. Lain kali singgah lah. Tak salahkan kalau cuba sepinggan. Kalau sedap war-warkan lah kepada kawan-kawan. Kalau tidak, beritahu kami apa yang kurang. Insya Allah akan kami perbaiki demi kepuasan para pengunjung dan pelanggan kami. Siapa lagi yang nak komen kalau tidak para pelanggan. Maklum lah selera masing-masing tak sama, tapi kami masih boleh berusaha untuk memuaskan seberapa yang boleh selera orang ramai. "Tanpa Sokongan Anda Mana Mungkin Kami Berjaya" Bukan kah slogan kami berbunyi " Menepati Selera Anda"

Datang lah ke gerai kami tanda sokongan anda. Nikmati lah pilihan lauk pauk yang beraneka untuk di nikmati bersama nasi lemak kukus yang panas. Oh ya, lupa pulak nak cerita sedikit tentang produk kami ni. Nasi Lemak Stadium adalah berkukus dan dihidang panas-panas. Pilihan lauk-pauk pula:
  1. Rendang Daging
  2. Rendang Kerang
  3. Rendang Ayam
  4. Sambal Bilis Petai
  5. Sambal Sotong
  6. Hati Ayam Masak Cili
  7. Paru Masak Cili
  8. Sambal Tauhu
  9. Ayam Goreng Madu (Panas-Panas)
  10. Telur Goreng ( Panas-Panas )
Ha....... banyak tu. Air? Ada, Ada kami ada juga menyediakan minuman panas dan sejuk.
  1. Nescafe Panas
  2. Teh Tarik Panas
  3. Teh O Panas
  4. Milo Panas
  5. Nescafe Ais
  6. Teh Ais
  7. Milo Ais
  8. Teh O Ais
Tak sempat nak makan? Oh itu mudah aje. Boleh bungkus. Tak ada masalah. Nak makan kat sini? Pun boleh juga. Kami ada sediakan meja dan kerusi untuk anda menikmati Nasi Lemak Stadium. Harga? Insya Allah berpatutan. Bergantung kepada lauk yang diambil lah. Jadi jangan lupa ya. Datang lah. Tengok-tengok. Mana tahu kot-kot berkenan atau teringin. Boleh cuba.

Kepada para pelanggan tetap kami, kami ucapkan berbanyak terima kasih di atas sokongan saudara saudari sekalian. Teguran dan cadangan yang diberikan amat kami hargai dan sanjungi.